Sep 20 2007
Wajah Baru PDF Print E-mail
(1 vote)
Written by Zuhairi Ahmad   
Thursday, 20 September 2007

Template ini masih lagi diperingkat cubaan. Para pengunjung dan ahli digalakkan memberi cadangan dan komen yang dapat meningkatkan mutu lagi laman ini. 

Cadangan dari pihak pengunjung dan ahli-ahli sangat diperlukan.  

Terima Kasih - Admin. 

**script error - jika anda menggunakan browser mozilla firefox dan font tiba-tiba menjadi kecil, tutup laman ini dan pada browser --> tools --> Clear Private Data --> Buka semula laman ini. Harap maklum.

** 23/9 - Bugs fix - link pada banner boleh digunakan dengan baik.

 

Recommend this article...

Last Updated ( Wednesday, 17 October 2007 )
 
Sep 14 2007
KPM akan umum yuran PIBG 2008 PDF Print E-mail
(1 vote)
Written by Zuhairi Ahmad   
Friday, 14 September 2007
KUALA TERENGGANU: Kementerian Pelajaran yang memansuhkan yuran persekolahan bermula sesi tahun depan, akan memastikan bayaran yang ditetapkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak membebankan penjaga.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Ketua Setiausaha kementerian dan Ketua Pengarah Pelajaran sudah diarah mencari kaedah terbaik dalam menentukan yuran PIBG sebelum sesi persekolahan 2008 bermula.

Recommend this article...

Last Updated ( Wednesday, 17 October 2007 )
Read more...
 
Sep 12 2007
Fadhilat Ramadhan PDF Print E-mail
(3 votes)
Written by Azizul MS   
Wednesday, 12 September 2007

 Ramadhan

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".


Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."     

Recommend this article...

Last Updated ( Wednesday, 17 October 2007 )
Read more...