Aug 30 2007
Sambutan Hari Kemerdekaan PDF Print E-mail
(4 votes)
Written by Site Admin   
Thursday, 30 August 2007

Pada 30 Ogos 2007,  Khamis,  Sambutan  Hari  Kemerdekaan  Peringkat  Sekolah telah diadakan dengan penuh meriah. Walaupun hujan turun dengan lebat pada awal pagi, ia langsung tidak menjejaskan persiapan yang dirancang sebelumnya demi meraikan sambutan kemerdekaan negara yang ke-50.

Sebahagian basikal berhias

Kreatif: Antara basikal berhias murid yang dipamerkan.

Antara pertandingan yang dianjurkan sempena Sambutan Kemerdekaan kali ini ialah:

  • Pertandingan Keceriaan Kelas Merdeka
  • Pertandingan Koir Lagu Patriotik Tahap 2
  • Pertandingan Basikal Berhias
  • Pertandingan Melukis Tahap 1

Recommend this article...

Last Updated ( Wednesday, 17 October 2007 )
Read more...
 
Aug 22 2007
OK! Call My Phone PDF Print E-mail
(3 votes)
Written by Site Admin   
Wednesday, 22 August 2007

 

Phone

 

DO you find anything wrong with the title? No? I don’t blame you. These days, everyone is becoming very economical…. Even with their words. It’s fine I suppose if you know the real way of saying or writing but the danger is when you don’t even realise you are speaking gramatically wrong English.

Funny how just because everyone says it, the phrase becomes right.

Most people use the phrase, ``Call my handphone’’ to mean ``Call me ON my handphone.’’

But, grammatically, ``Call my handphone’’ means to call out to it.

We could then possibly say, ``Hello, Nokia, ‘’ ``Hi, Celcom’’, ``Hi, Motorola’’

That would be disastrous, wouldn’t it?

Let’s look at a conversation between two good friends.

Shaiful: Hey, Ernest. What are you looking for?

Ernest: I’m looking at some Grammar books. I want to improve my English.

Shaiful: Did you find anything useful?

Ernest: Not really. Most of the books here are of the advanced level.

Shaiful: Don’t worry. I’m sure you will find something you can use.

Ernest: Yeah…. I just have to keep on looking.

Shaiful: O.K. Have to go now. I’ll give you a call later.

Ernest: Can, but make sure you CALL MY HANDPHONE!!!!

How often have we replied like this? Shaiful understands exactly what Ernest means and Ernest himself knows his sentence is grammatically wrong but he says it nevertheless. Why?

Perhaps it would be better if we all tried to speak grammatically correct English. It would help us from getting into the habit of using `broken English’ and excusing ourselves by saying, ``Of course, I know what I should say. It’s just……’’

Dipetik daripada: www.tutor.com  

Recommend this article...

Last Updated ( Wednesday, 17 October 2007 )
 
Aug 22 2007
Bowling Suka-suka PDF Print E-mail
(5 votes)
Written by Site Admin   
Wednesday, 22 August 2007

ImageSempena Hari Kemerdekaan dan juga cuti persekolahan, guru-guru SK. Jalan Tanjung telah mengadakan permainan "Bowling Suka-suka".

Bowling Suka-suka

Permainan ini telah diadakan di Banting Super Bowl pada hari Selasa, 22 Ogos 2007. "Bowling Suka-suka" ini juga turut disertai oleh Guru Besar SK. Jalan Tanjung, En. Nazri b. Jamlus. Semoga tradisi ini diteruskan pada masa-masa akan datang untuk mengeratkan silaturrahim di antara guru-guru SK. Jalan Tanjung.

Nota: Untuk melihat lebih banyak foto sila ke menu Galeri Gambar.

Recommend this article...

Last Updated ( Wednesday, 17 October 2007 )
 
Aug 18 2007
KPM, BTN, UUM kukuh jati diri remaja PDF Print E-mail
(1 vote)
Written by Site Admin   
Saturday, 18 August 2007

ImageMAJLIS Patriotisme Negara akan ditubuhkan bagi membantu usaha memperkukuh semangat patriotik secara berterusan di kalangan rakyat selepas negara menikmati kemerdekaan selama 50 tahun.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata cadangan penubuhan itu akan digariskan sebagai satu daripada resolusi utama Kongres Patriotisme Remaja 2007 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Beliau yang baru dilantik ke jawatan itu berkata, program dua hari bertema `Patriotisme Kemandirian Kita’ itu julung kali dianjurkan bersama Kementerian Pelajaran, Biro Tata Negara (BTN) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Katanya, penganjuran berkenaan selaras teras pertama membina negara bangsa dalam Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP), sempena sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-50 Peringkat Kementerian Pelajaran yang dilancar kelmarin.

Dalam konteks ini, beliau berkata, resolusi berkenaan akan diserahkan kepada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pada majlis perasmian penutupan kongres itu, esok.

“Selepas negara menikmati kemerdekaan 50 tahun, unsur patriotisme mesti sentiasa diperkukuh kerana melalui cabaran perkembangan dunia moden kini, sekiranya aspek ini tidak diberi tumpuan, dikhuatiri ia akan semakin berkurangan akibat pelbagai pengaruh luar.

“Patriotisme ialah antara elemen asas dan amat penting untuk menjadikan negara bangsa kuat. Semangat patriotik utuh akan menyumbang ke arah kemandirian negara, termasuk kestabilan politik, ekonomi lebih mantap serta perpaduan semakin erat di kalangan seluruh warga negara pelbagai kaum, agama dan juga latar belakang.

“Justeru, Majlis Patriotisme Negara berperanan membantu memperkembang dan meneruskan usaha mengukuhkan lagi teras patriotisme ini, antara lain dengan menjalankan kajian berkaitan dari semasa ke semasa.

“Selain itu, majlis ini boleh sentiasa memberi peringatan kepentingan patriotisme menerusi pandangan, idea dan cadangan kepada kerajaan dan juga orang ramai seperti belia, pelajar, ibu bapa serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya kepada Berita Harian.

Mengenai pengendalian Majlis Patriotisme Negara pula, Alimuddin berkata, satu jawatankuasa penaja akan diwujudkan dulu di bawah ketiga-tiga pihak penganjur.

Bukan itu saja, beliau berkata, Majlis Patriotisme Negara akan menjadi saluran untuk melaksanakan aktiviti lanjutan daripada hasil perbincangan kongres berkenaan yang dihadiri kira-kira 1,500 peserta dari kalangan tokoh politik, pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat, pelajar dan belia serta NGO.

Katanya, enam kertas kerja dibentangkan pada kongres itu bertajuk `Patriotisme Kemandirian Kita’, `Ke Arah Penubuhan Majlis Patriotisme Negara’, `Peranan Badan Korporat Memupuk Patriotisme Negara’, `Pengalaman dan Perjuangan - Proses Membina Patriotisme Di Kalangan Remaja’, dan `Program Latihan Khidmat Negara (Pengalaman dan Pencapaian PLKN)’.

“Selain itu, dua pensyarah dari universiti China dan Thailand juga dijemput membentangkan kertas kerja bagi berkongsi pengalaman kedua-dua negara itu memelihara keutuhan patriotisme rakyat mereka,” katanya.

Oleh: Syuhada Choo Abdullah Sumber: Berita Harian (18/072007)

Recommend this article...

Last Updated ( Wednesday, 17 October 2007 )
 
Aug 17 2007
Lawatan Ke Petrosains PDF Print E-mail
(3 votes)
Written by Site Admin   
Friday, 17 August 2007

Pada 14 Ogos 2007 yang lalu, seramai 60 orang murid SK Jalan Tanjung telah mengikuti Lawatan Sambil Belajar ke Petrosains dengan diiringi oleh lima orang guru. Lawatan sehari ini telah dijalankan oleh Panitia Sains yang bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan minat murid terhadap sains. Peserta lawatan terdiri daripada murid-murid tahun 4 dan tahun 5 yang dipilih secara rawak.  

Lawatan ke Petrosains

  Murid berkumpul di dataran perhimpunan sebelum bertolak ke Petrosains.

Recommend this article...

Last Updated ( Wednesday, 17 October 2007 )
Read more...