|
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2008 |
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Tuesday, 18 November 2008 |
|
Pautan untuk keputusan peperiksaan mengikut tahun Senerai kedudukan pelajar tahun 2009 boleh dilihat melalui pautan yg disediakan di Menu latest news, di sebelah kiri laman web ini. |
|
Kemaskini Terakhir ( Wednesday, 17 December 2008 )
|
|
Selamat Datang ke Laman SK Bandar Banting |
|
Ditulis Oleh Admin
|
|
Thursday, 26 June 2008 |
Jamuan Aidil fitri SKBB 08 Sekolah Kebangsaan Bandar Banting telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2008 pada 10 Oktober 2008 bersamaan 10 Syawal 1429 Hijrah. Jamuan diadakan di Kantin , SKBB bermula jam 10.00 am - 11.00 am. Warga SKBB berpakaian Hari Raya bagi meraikan majlis tersebut. Majlis dimulai dengan persembahan dari murid-murid di Dewan Terbuka. Seterusnya Jamuan dan selepas jamuan majlis diteruskan dengan persembahan di dewan terbuka. Warga sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidlifitri & Maaf zahir dan batin. Diharapkan Jamuan ini akan mengeratkan lagi hubungan antara Warga SKBB.
|
|
Kemaskini Terakhir ( Wednesday, 15 October 2008 )
|
|
Lebih lanjut...
|
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Monday, 16 April 2007 |
|
Sukan Tahunan SKBB ke-5/2008
Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Bandar Banting kali ke-5/2008 telah berlangsung dengan jaya pada 29 Mac 2008.Sukan Tahunan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Hj. Hasiman b. Sidom, Adun Kawasan Morib. Berbagai acara telah dipertandingkan dan semua murid telah menyertai acara dengan semangat kesukanan yang tinggi. Berikut adalah keputusan rasmi sukan tahunan kali ke-5. | Rumah | mata | Merah (Hang Tuah)
| 268 | Kuning (Hang Jebat)
| 302 | Hijau (Hang Lekir)
| 267 | Biru (Hang Lekiu)
| 216 | Ungu (Hang Kasturi)
| 258 |
Berikut adalah olahragawan dan olahragawati sekolah sesi 2008 Lelaki : Tahun 4 - Ilman Iqbal Tahun 5 - Damodaran Tahun 6 - Harith Adli Perempuan : Tahun 4 - Rabiatul Alia Tahun 5 - Sanggari Tahun 6 - Shalini Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya. |
|
Kemaskini Terakhir ( Sunday, 06 April 2008 )
|
|
Lebih lanjut...
|
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Monday, 16 April 2007 |
|
LOKASI SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BANTING 
BBA 1038 SK Bandar Banting terletak kira-kira 2 km daripada pekan Banting dan 2km juga dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat. Sekolah ini mula beroperasi pada Januari 2003. Sekolah ini terletak di kawasan perumahan yang pesat membangun serta berdekatan dengan Majlis Daerah Kuala langat , Perpustakaan Awam, Balai Polis Banting dan Hospital Daerah. |
|
Kemaskini Terakhir ( Wednesday, 23 July 2008 )
|
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Monday, 16 April 2007 |
|
Hakikat kebijaksanaan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” |
|
Kemaskini Terakhir ( Wednesday, 23 July 2008 )
|
|
Lebih lanjut...
|
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Wednesday, 16 April 2008 |
|
Sambutan Hari Guru SKBB 2008 Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menjelma, Guru-guru silih berganti, Jasamu sentiasa terpahat dihati.
Demikianlah ungkapan istimewa yang diberikan sempena menyambut hari guru peringkat sekolah 2008. Program ini dianjurkan oleh Kelab Mesra SKBB. Seramai 46 orang guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting telah diraikan oleh lebih 700 orang murid. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya, sukaneka dan acara pentas. Murid-murid tidak melepaskan peluang bersalaman sambil mengambil peluang untuk mengucapkan “selamat hari guru” kepada guru-guru mereka. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara murid, guru dan kakitangan sekolah. Tema hari guru pada tahun ini ialah “Guru cemerlang negara terbilang” amat bertepatan sekali kerana pihak kementerian telah bertungkus lumus memperkasakan profesion keguruan di negara ini. |
|
Kemaskini Terakhir ( Wednesday, 25 June 2008 )
|
|
Lebih lanjut...
|
|
Ditulis Oleh Administrator
|
|
Monday, 09 August 2004 |
|
Sila gunakan browser mozila firefox dengan resolusi 1024x768 ke atas untuk paparan yang lebih baik. klik disini untuk memuat turun perisian tersebut MOZILA FIREFOX |
|
Kemaskini Terakhir ( Monday, 05 January 2009 )
|
|