Google
Web Tanjung

Log Masuk

Harijadi Ahli

e-Pendidikan

Kementerian Pengajian Tinggi
Kementerian Pelajaran Malaysia
CIKGU Net
Berita Harian
School Net
Tutor Utusan Malaysia
Quiz Hub
Science Education
Fun School

mySchool Rating

Kedudukan semasa Laman Tanjung di antara semua laman web sekolah di Malaysia.

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Berita dan Artikel Menarik

PendidikanUjian Sahsiah Keguruan

article imageOleh: Khairina YasinUJIAN Inventori Sahsiah Keguruan (Insak) yang diwajibkan kepada semua calon...
+ Berita Lanjut

PendidikanRazali azam angkat profesion guru

article imageOleh: Syuhada Choo AbdullahTIMBALAN Menteri Pelajaran yang baru, Datuk Razali Ismail, akan...
+ Berita Lanjut

PendidikanPerkukuh Sekolah Kebangsaan

article imageDI Malaysia, kerajaan tidak pernah memaksa rakyat memilih sekolah kebangsaan (SK) sebagai...
+ Berita Lanjut

PendidikanRiak Setahun PIPP

article imagePELAN Induk Pembangunan pendidikan (PIPP) 2006-2010 merupakan hala tuju pendidikan ke arah sebuah...
+ Berita Lanjut

Ahli Terbaru Tanjung


othman hamka
05.08.2008

zaiiab
31.07.2008

khairil22
22.07.2008

dulhadi
22.07.2008
Oct 18 2007
Perkukuh Sekolah Kebangsaan PDF Print E-mail
Average user rating    (0 vote)

DI Malaysia, kerajaan tidak pernah memaksa rakyat memilih sekolah kebangsaan (SK) sebagai satu-satunya tempat untuk menyekolahkan anak-anaknya.

Malah di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), setiap aliran sekolah mndapat layanan saksama.

Sebagai contoh, dalam pemilihan sekolah kecemerlangan kluster, ada kluster terpilih untuk setiap aliran.

Cuma, kita perlu memahami bahawa di Malaysia, keputusan berlaku secara pemilihan semulajadi berdasarkan meritokrasi. Walau bagaimanapun, agenda memperkasa genre sekolah itu perlu terus dijunjung kerana SK merupakan wadah terbaik untuk memupuk perpaduan, kerjasama dan semangat cintakan negara.

Pada ketika ini, sekitar 2.3 juta pelajar atau 76.3 peratus daripada sejumlah 3.1 juta pelajar sekolah rendah berada di 5,789 buah SK.

Dalam kalangan 5,789 buah SK ini, 4,036 daripadanya berada di luar bandar, 1,453 merupakan Sekolah Kurang Murid (SKM), 309 merupakan Sekolah Bantuan Modal, 651 adalah sekolah dua sesi, 1,414 tidak mempunyai bekalan air awam, 768 tidak mempunyai bekalan elektrik 24 jam dan 1,988 masih belum mempunyai makmal dan bilik komputer.

Dalam RMK-9, Kementerian Pelajaran berhasrat untuk memastikan SK yang terpinggir ini mendapat prasarana yang sama seperti SK yang lebih bernasib baik.

Kementerian pelajaran akan berusaha menjadikan SK lebih beraspirasi nasional, meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar, membangunkan budaya sekolah yang cemerlang, meningkatkan kualiti kepimpinan, pengurusan dan guru-guru, menyeimbangkan nisbah guru dari pelbagai etnik serta meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti terhadap SK.

Sepanjang 2007, Kementerian Pelajaran mengambil langkah menjadikan SK pusat kecemerlangan pendidikan dari semua segi.

Hal yang dilihat mencakupi prasarana, disiplin dan keselamatan pelajar, pencapaian akademik, pencapaian ko-kurikulum, penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), kualiti guru dan pengurusan sekolah.

Selain langkah yang disebutkan tadi, sebagai langkah tambahan untuk menarik minat ibu bapa bukan Melayu terhadap SK, KPM akan menyusun dan mempakejkan semula pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Usaha ini merupakan penambahbaikan terhadap pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi (BCK) dan Bahasa Tamil Komunikasi (BTK) yang telah dilaksanakan di SK sejak tahun 2002.

Bagi mendapatkan model pelaksanaan yang terbaik, kementerian itu merintis pelaksanaan tiga model berbeza di sejumlah sekolah yang terpilih di kawasan yang kompetitif mulai tahun ini.

Sebagai langkah tambahan bagi menarik minat ibu bapa pelajar Islam pula, Kementerian Pelajaran merancang untuk memperluaskan lagi pelaksanaan pengajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ke sebanyak 1,235 buah sekolah lagi sebagai tambahan kepada pelaksanaannya di 1,221 buah sekolah pada tahun lepas.

_____________________________________

MEMAHAMI SEKOLAH KEBANGSAAN

1. Sekolah kebangsaan ialah sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan:-

(a) yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun;

(b) yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama;

(c)yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib; dan

(d) kemudahan bagi pengajaran -

i) bahasa Cina atau Tamil diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya; dan

ii) bahasa-bahasa kaum asli diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya (Akta 550).

Recommend this article...


Quote this article in website Print Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (0) RSS feed comment

No comment posted

Add your comment



mXcomment 1.0.5 © 2007-2008 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
Written by Site Admin   
Thursday, 18 October 2007
 
< Prev   Next >

Takwim Tanjung

Tiada sebarang aktiviti khas untuk hari ini - Admin.
+ Takwim Penuh
Syaaban
17
Rabu
1429 HIJRAH

Muaturun Terkini

18.Aug
Downloads
FileAl-Quran in Ms Word
20.Jul
Downloads
FileLagu PBSM
04.Jun
Downloads
FileSBT 2008 Versi Sekolah
04.Jun
Downloads
FileEMIS 4.1
30.Mar
Downloads
FileMIDI Instrumental 1

Waktu Solat


Pelawat Semasa

We have 1 guest online
Flag
CountryUnknown
OS
BrowserUnknown robot (identified by crawl)

Jumlah Pelawat

Hari ini: 16
Semalam: 71
Bulan ini: 1712
Jumlah Pelawat: 27612
Data Sejak: 2007-08-25
Totals Top 5
 59 % Unknown
 31 % Malaysia
 4 % Commercial
 2 % Network
 < 1.0 % Indonesia