| Average user rating |
(0 vote) |
|
PELAN Induk Pembangunan pendidikan (PIPP) 2006-2010 merupakan hala tuju pendidikan ke arah sebuah negara maju - atau ketika negara sedang berada di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).
Pada Jun 2007, Kementerian Pelajaran sebagai agensi pelaksana telah mengeluarkan kad laporan PIPP kepada umum tentang kemajuan projek.
Secara umumnya, beberapa pendekatan digunakan oleh kementerian itu dalam pelaksanaan PIPP iaitu menyelesaikan tugas yang belum selesai, menentukan faktor kritikal kejayaan dan kecemerlangan institusi pendidikan dengan menjana kluster pendidikan.
Antara pencapaian teras satu PIPP ialah Pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran dan akan dibentangkan di Parlimen. Begitu juga dengan kerja-kerja penterjemahan buku karya asing ke Bahasa Malaysia yang telah dilipatgandakan bilangan judulnya. Pada RMK-8, hanya 48 buah buku diterjemahkan berbanding RMK-9 sebanyak 125 buah. Sepanjang tahun lepas sahaja, sebanyak 56 buah buku telah diterjemahkan. Bilangan itu diharap akan bertambah pada tahun ini, yang sehingga Jun 2007, sebanyak 26 buah buku telah diterjemahkan. Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) pula telah menerima peruntukan sebanyak RM25.8 juta. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM15.8 juta akan digunakan untuk pembiayaan program RIMUP manakala RM10 juta lagi adalah untuk pembiayaan e-integrasi, iaitu program interaksi secara virtual. Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia (YKS) merupakan badan bukan kerajaan yang telah melaksanakan program e-integrasi Selain itu, sehingga Jun 2007, sebanyak 250 buah sekolah menengah telah menubuhkan Kelab Rukun Negara dengan keahlian seramai 100,000 orang murid. Buku Panduan Kelab Rukun Negara telah diterbitkan dan diedarkan kepada semua orang. Turut diberi penekanan di bwah PIPP ialah pembangunan Sekolah Seni yang beroperasi secara menumpang di dua buah sekolah. Sekolah itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Hj. Openg di Kuching (Sekolah Seni Kuching, Sarawak) dan di SMK Mohd. Khalid, Johor Bahru (Sekolah Seni Johor Bahru, Johor). Bilangan murid di Sekolah Seni Kuching seramai 125 orang sementara bilangan murid di Sekolah Seni Johor Bahru seramai 75 orang. Kurikulum Pendidikan Seni meliputi Pendidikan Seni Visual, Seni Muzik, Seni Teater dan Seni Tari. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan itu turut menyentuh pelaksanaan Islam Hadhari seperti penerbitan bahan bacaan dan risalah kepada peserta irah Ilmu dan Wacana Islam Hadhari, penyediaan Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran untuk tingkatan satu hingga lima serta seminar Islam Hadhari merentas kurikulum pada September ini. Ibu bapa juga mempunyai pilihan persekolahan - termasuk menyekolahkan anak ke sekolah agama. Untuk itu, sebanyak 119 buah sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah agama negeri (SAN) telah mendaftar di bawah kementerian pelajaran dan dikenali sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK). Di peringkat perkembangan kurikulum, bidang teknologi maklumat dan komunikasi diberi perhatian yang sewajarnya. Mata pelajaran Teknologi Maklumat diperluaskan kepada pelajar tingkatan empat dan lima di 50 buah sekolah menengah. Kerjasama dengan Multimedia Development Corporation (MDC) bagi menyediakan instrumen mengukur tahap sekolah bestari berdasarkan kriteria yang ditetapkan untuk penjenamaan semula dan penandaarasan. Program pembestarian sekolah akan diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dengan memperkenalkan beberapa inisiatif baru serta mengoptimumkan inisiatif ICT yang sedia ada. ________________________ PELAKSANAAN PROGRAM INTERVENSI Beberapa program peningkatan kemampuan menulis, membaca dan mengira turut diberi penekanan. Antaranya ialah Kelas intervensi awal membaca dan menulis (KIA2M), program Tiga M (PROTIM) dan kelas-kelas pemulihan inklusi, iaitu murid berkeperluan khas. Sehingga April 2007, 21.7 peratus murid tahun satu menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia iaitu daripada 60.1 peratus kepada 81.8 peratus. _______________________ SYARAT DAN KRITERIA PEMILIHAN CALON GURU BARU Syarat baru (tambahan) yang dikenakan untuk calon yang memohon. 1. Kepujian/cemerlang dalam mata pelajaran peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 2. Ijazah sarjana muda yang tepat dengan bidang yang dipohon untuk Kursus Pengurusan Lepasan Ijazah (KLPI) 3. Sepuluh peratus daripada markah keseluruhan berdasarkan penglibatan aktif calon dalam bidang kokurikulum. - Penglibatan dalam persatuan - Penglibatan dalam permainan - Penglibatan dalam sukan dan olahraga - Temu duga kumpulan - Ujian bertulis Bahasa Inggeris bagi calon yang memohon bidang pengkhususan bahasa Inggeris.Recommend this article...
Users' Comments (0)
|
|
|
|
Written by Site Admin
|
|
Thursday, 18 October 2007 |
|
|