Google
Web Tanjung

Log Masuk

Harijadi Ahli

e-Pendidikan

Kementerian Pengajian Tinggi
Kementerian Pelajaran Malaysia
CIKGU Net
Berita Harian
School Net
Tutor Utusan Malaysia
Quiz Hub
Science Education
Fun School

mySchool Rating

Kedudukan semasa Laman Tanjung di antara semua laman web sekolah di Malaysia.

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

Berita dan Artikel Menarik

PendidikanUjian Sahsiah Keguruan

article imageOleh: Khairina YasinUJIAN Inventori Sahsiah Keguruan (Insak) yang diwajibkan kepada semua calon...
+ Berita Lanjut

PendidikanRazali azam angkat profesion guru

article imageOleh: Syuhada Choo AbdullahTIMBALAN Menteri Pelajaran yang baru, Datuk Razali Ismail, akan...
+ Berita Lanjut

PendidikanPerkukuh Sekolah Kebangsaan

article imageDI Malaysia, kerajaan tidak pernah memaksa rakyat memilih sekolah kebangsaan (SK) sebagai...
+ Berita Lanjut

PendidikanRiak Setahun PIPP

article imagePELAN Induk Pembangunan pendidikan (PIPP) 2006-2010 merupakan hala tuju pendidikan ke arah sebuah...
+ Berita Lanjut

Ahli Terbaru Tanjung


othman hamka
05.08.2008

zaiiab
31.07.2008

khairil22
22.07.2008

dulhadi
22.07.2008
Mar 26 2008
Ujian Sahsiah Keguruan PDF Print E-mail
Average user rating    (0 vote)

Oleh: Khairina Yasin

UJIAN Inventori Sahsiah Keguruan (Insak) yang diwajibkan kepada semua calon kursus perguruan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan mengumpul profil calon, selain mengenal pasti karakter sebenar dan kesesuaian mereka menceburi profesion keguruan.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran, Datin Asariah Mior Shaharuddin, berkata ujian bertulis meliputi sembilan gagasan itu wajib diduduki calon yang dipanggil untuk temu duga selepas berjaya melepasi tahap skor merit ditetapkan pihak kementerian.

Menerusi ujian itu katanya, calon perlu menjawab 135 soalan dalam tempoh 30 minit merangkumi sembilan gagasan ditetapkan antaranya amanah, taat setia, disiplin, kestabilan emosi dan kepemimpinan.

"Hasil ujian itu akan menentukan profil calon secara keseluruhan yang kemudian akan disemak dengan prestasi calon ketika temu duga.

"Proses temu duga adalah penilaian penting untuk kita melihat keupayaan dan kecenderungan setiap calon bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar berkelayakan dipilih memikul tanggungjawab menjayakan dasar pendidikan negara," katanya kepada Berita Harian.

Asariah dalam laporan akhbar ini, baru-baru ini mengumumkan 4,980 tempat disediakan untuk lulusan SPM mengikuti enam program ijazah dalam bidang perguruan tahun ini.

Daripada jumlah itu, 4,200 tempat untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, 150 lagi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Luar Negara (150), Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (500), Program Kembar Bahasa Cina (100) dan masing-masing 15 bagi Program Kembar Bahasa Perancis dan Bahasa Jerman.

Sambil menegaskan tiada kuota berdasarkan jantina ditetapkan dalam pemilihan calon guru, Asariah berkata, calon berjaya dipilih berasaskan prestasi dalam temu duga, pencapaian Insak dan merit skor akademik bagi mengikuti kursus perguruan di institusi perguruan di seluruh negara.

Sebagai prasyarat katanya, calon terpilih dikehendaki mengikuti kursus persediaan mengikut tempoh ditetapkan dan hanya calon lulus kursus itu layak meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana muda.

Mengenai semakan calon layak ditemu duga dan menduduki ujian Insak, katanya, ia boleh dibuat pada 29 April ini menerusi laman web di alamat: http://moe.gov.my.

"Temu duga calon terpilih pula akan dibuat mulai 5 hingga 30 Mei dan pendaftaran pelajar bagi mengikuti kursus persediaan di institut pendidikan guru terpilih dijadualkan pada 14 Julai depan," katanya.

 ::Petikan Dari Berita Harian 22 Mac 2008::

Recommend this article...

Quote this article in website Print Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (0) RSS feed comment

No comment posted

Add your comment



mXcomment 1.0.5 © 2007-2008 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
Written by Site Admin   
Wednesday, 26 March 2008
 
Next >

Takwim Tanjung

Tiada sebarang aktiviti khas untuk hari ini - Admin.
+ Takwim Penuh
Syaaban
17
Rabu
1429 HIJRAH

Muaturun Terkini

18.Aug
Downloads
FileAl-Quran in Ms Word
20.Jul
Downloads
FileLagu PBSM
04.Jun
Downloads
FileSBT 2008 Versi Sekolah
04.Jun
Downloads
FileEMIS 4.1
30.Mar
Downloads
FileMIDI Instrumental 1

Waktu Solat


Pelawat Semasa

We have 1 guest online
Flag
CountryUnknown
OS
BrowserUnknown robot (identified by crawl)

Jumlah Pelawat

Hari ini: 16
Semalam: 71
Bulan ini: 1712
Jumlah Pelawat: 27612
Data Sejak: 2007-08-25
Totals Top 5
 59 % Unknown
 31 % Malaysia
 4 % Commercial
 2 % Network
 < 1.0 % Indonesia