Anda kini berada pada paparan penuh muka hadapan.
No Image
No Image Senamrobik
No Image
 
 
Pada 9/8/08 bersamaan hari Sabtu yang lalu, satu senamrobik telah diadakan bersempena dengan bulan kecergasan. Senamrobik ini telah diketuai oleh Puan Zamna serta beberapa orang guru. Murid-murid kelihatan begitu teruja dengan aktiviti seperti ini yang diharapkan dapat membentuk murid yang sihat dan cergas.
 
Kelihatan guru-guru lelaki begitu seronok bersenam untuk mengempiskan perut masing-masing
 
Pandangan menarik dari koridor
 
No Image
Author Azizul MS News ID 92 Hits 15 Created date Tuesday, 12 August 2008 Read MoreRead more...
No Image
No Image
No Image Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah SK Jalan Tanjung
No Image
 

Pada 29 Mac 2008 bersamaan hari Sabtu SK Jalan Tanjung telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1429H peringkat sekolah. Majlis yang meriah ini telah dianjurkan oleh Panatia Agama Islam yang diketuai oleh Pn Samawiyah Haiyon.

berarak

    Pelbagai  acara dan aktiviti telah dijalankan bagi mengisi  majlis sambutan tersebut.  Antaranya ialah perarakan murid-murid SK Jalan Tanjung, ceramah  Maulidur  Rasul  oleh  Ustaz Zamri Shafik dan  persembahan nasyid  setiap  kelas tahap dua.

 

ceramah

 
No Image
Author Azizul MS News ID 89 Hits 89 Created date Monday, 07 April 2008 Read MoreRead more...
No Image
No Image
No Image Ujian Sahsiah Keguruan
No Image
 

Oleh: Khairina Yasin

UJIAN Inventori Sahsiah Keguruan (Insak) yang diwajibkan kepada semua calon kursus perguruan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan mengumpul profil calon, selain mengenal pasti karakter sebenar dan kesesuaian mereka menceburi profesion keguruan.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran, Datin Asariah Mior Shaharuddin, berkata ujian bertulis meliputi sembilan gagasan itu wajib diduduki calon yang dipanggil untuk temu duga selepas berjaya melepasi tahap skor merit ditetapkan pihak kementerian.

Menerusi ujian itu katanya, calon perlu menjawab 135 soalan dalam tempoh 30 minit merangkumi sembilan gagasan ditetapkan antaranya amanah, taat setia, disiplin, kestabilan emosi dan kepemimpinan.

"Hasil ujian itu akan menentukan profil calon secara keseluruhan yang kemudian akan disemak dengan prestasi calon ketika temu duga.

"Proses temu duga adalah penilaian penting untuk kita melihat keupayaan dan kecenderungan setiap calon bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar berkelayakan dipilih memikul tanggungjawab menjayakan dasar pendidikan negara," katanya kepada Berita Harian.

Asariah dalam laporan akhbar ini, baru-baru ini mengumumkan 4,980 tempat disediakan untuk lulusan SPM mengikuti enam program ijazah dalam bidang perguruan tahun ini.

Daripada jumlah itu, 4,200 tempat untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, 150 lagi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Luar Negara (150), Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (500), Program Kembar Bahasa Cina (100) dan masing-masing 15 bagi Program Kembar Bahasa Perancis dan Bahasa Jerman.

Sambil menegaskan tiada kuota berdasarkan jantina ditetapkan dalam pemilihan calon guru, Asariah berkata, calon berjaya dipilih berasaskan prestasi dalam temu duga, pencapaian Insak dan merit skor akademik bagi mengikuti kursus perguruan di institusi perguruan di seluruh negara.

Sebagai prasyarat katanya, calon terpilih dikehendaki mengikuti kursus persediaan mengikut tempoh ditetapkan dan hanya calon lulus kursus itu layak meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana muda.

Mengenai semakan calon layak ditemu duga dan menduduki ujian Insak, katanya, ia boleh dibuat pada 29 April ini menerusi laman web di alamat: http://moe.gov.my.

"Temu duga calon terpilih pula akan dibuat mulai 5 hingga 30 Mei dan pendaftaran pelajar bagi mengikuti kursus persediaan di institut pendidikan guru terpilih dijadualkan pada 14 Julai depan," katanya.

 ::Petikan Dari Berita Harian 22 Mac 2008::

 
No Image
Author Site Admin News ID 88 Hits 1020 Created date Wednesday, 26 March 2008 Read MoreRead more...
No Image
No Image
No Image Razali azam angkat profesion guru
No Image
 

Oleh: Syuhada Choo Abdullah

TIMBALAN Menteri Pelajaran yang baru, Datuk Razali Ismail, akan menjadikan usaha berterusan untuk mengemas kini dan mempertingkat tahap profesionalisme guru, sebagai salah satu fokusnya dalam memikul tanggungjawab menyandang ‘kerusi panas’ itu.

Katanya, aspek itu harus diberi penekanan serius bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, berlaku secara dua hala serta berkesan mencetuskan keseronokan pelajar menimba ilmu, sekali gus menjana kecemerlangan mereka secara holistik.

Dalam konteks ini, beliau berkata, guru perlu sentiasa diberi pendedahan terkini menerusi kursus profesional dan latihan berterusan sepanjang perkhidmatan mereka.

“Di samping itu, saya juga berharap setiap guru membuat refleksi kendiri atas pengajaran mereka di bilik darjah sama ada ia memberi kesan positif kepada pelajar.

“Guru mesti sentiasa berfikir secara kritis serta bertindak proaktif. Justeru, saya mencadangkan supaya mereka menulis jurnal atau refleksi atas kerja yang dilakukan sebagai rujukan peribadi.

“Kajian ini akan membolehkan guru mengetahui perkembangan hasil usaha mereka dan langkah penambahbaikan diperlukan.

“Usaha sebegini sudah menjadi amalan guru di negara maju,” katanya kepada Berita Harian di Putrajaya selepas menghadiri majlis mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan menyimpan rahsia oleh barisan menteri Kabinet serta timbalan menteri di Istana Negara, kelmarin.

Dalam konteks berkaitan, Razali berkata, Kementerian Pelajaran juga sedang berusaha mengurangkan beban kerja guru, antara lain mengadakan rundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam supaya guru tidak perlu melakukan kerja perkeranian yang sepatutnya dikendalikan kakitangan bukan profesional.

Dalam pada itu bagi memenuhi agenda pendidikan negara, Razali berazam memanfaatkan pengalamannya lebih 25 tahun dalam perkhidmatan pendidikan sebelum ini untuk mencurah sepenuh bakti dan komitmen terhadap amanah diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau pernah menyandang pelbagai kedudukan penting dalam perkhidmatan pendidikan, antara lain Pengarah Pelajaran Terengganu sebelum melepaskan jawatan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru berikutan dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum 2004.

Meskipun sudah beralih kepada bidang politik, Razali mengakui minat serta perhatiannya terhadap perkembangan pendidikan tanah air tidak pernah luntur, termasuk mengikuti perkembangan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang digerakkan Kementerian Pelajaran.

Justeru, Razali berkata, beliau akan bergembleng tenaga dengan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan seorang lagi Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, bersama keseluruhan jentera Kementerian Pelajaran, bersiap sedia menangani tanggungjawab itu dengan berkesan.

Beliau tidak menafikan pelantikan terbaru itu umpama `sirih pulang ke gagang’, tambahan pula ingatannya terhadap pengalaman dan pengetahuan mengenai tugas pernah dipikul dalam pendidikan masih segar.

“Semua ini akan membantu saya menangani tugas sebagai Timbalan Menteri Pelajaran. Bagaimanapun, masih banyak lagi yang perlu saya belajar seiring perkembangan terkini.

“Kementerian Pelajaran adalah organisasi yang menarik perhatian seluruh rakyat. Oleh itu, kita perlu berhati-hati di mana semua peringkat warga pendidikan harus menunjukkan komitmen masing-masing, bersikap profesional dan proaktif,” katanya.

::Petikan dari Berita Harian 21 Mac 2008 ::

 
No Image
Author Site Admin News ID 87 Hits 407 Created date Wednesday, 26 March 2008 Read MoreRead more...
No Image
No Image
No Image Ceramah Motivasi dan Qiyammullail
No Image
 
qiyammullail
Murid-murid Tahun 6 sedang mengikuti ceramah Tn. Hj. Mohd Khairuddin
 
Pada 21 hingga 22 Mac yang lalu, Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Panitia Pendidikan Islam dan Moral telah menganjurkan "Ceramah Motivasi Pembentukan Sikap Murid Tahun 6 dan Qiyammullail". Sesi tersebut berlangsung di Dewan Utama SK. Jalan Tanjung. 
 
No Image
Author Site Admin News ID 86 Hits 93 Created date Wednesday, 26 March 2008 Read MoreRead more...
No Image
Powered by FrontpagePro